Dunia pembelajaran bersama bonda Irma Suryani

Sunday 7 December 2014

LAMAN UTAMA

Kata Kerja

Kata kerja boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif dan  
kata kerja tak transitif.

Kata kerja digunakan untuk menerangkan sesuatu
perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan.

Kata Kerja Transitif:
-         mesti disertai objek ( kata nama) untuk membentuk ayat yang sempurna.
Bentuk-bentuknya:
·        kata dasar - makan, minum,
·        imbuhan awalan dan apitan - membaca, menulis

·        Contohnya:

  
Subjek(pembuat)
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah


Kata Kerja Tak Transitif:

-         tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya.

Bentuk-bentuknya:
·        kata dasar - koyak, bocor
·        imbuhan awalan dan apitan - bermain, berlari
·        imbuhan awalan men- - mendarat

Contohnya :

Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah


VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN






Video Pengajaran dan Pembelajaran ini digunakan untuk pengajaran Tatabahasa iaitu Kata Kerja. Ia amat sesuai untuk murid-murid Tahap 1 terutama murid Tahun 1.

SOALAN KUIZ

Soalan Kuiz  1

 1.   Kain di dalam baldi itu belum ____,
      A.  berbasuh              C.   bekerja
      B.   berjalan                D.  berendam

2.   Halim ___ kerana kakinya terkena paku.
      A.  memasak               C.   menangis
      B.   membasuh             D.  merajuk

3.   Lim dan kawan-kawannya ___ bola sepak di    
      padang.
      A.  berbuat                C.   bermain
      B.   berpaling              D.  berebut

4.   Isma membantu ayahnya __ kotak-kotak lama itu
      untuk dikitar semula.
      A.  mengutip              C.   mengirim
      B.   menghantar         D.  Menerima

5.   Ghani ____ perlawanan tenis hingga larut malam.
      A.  membuat               C.   menonton
      B.   menelan                 D.  memaki

6.   Air Milo yang tumpah itu ____  di atas lantai.
      A.  menitik                  C.   merenjis
      B.   merejam               D.  Menyiram

7.   Polis ___  rumah lelaki yang disyaki terlibat  
      dalam kes itu.
      A.  mengemas             C.   menggeledah
      B.   menggelepar         D.  menyemak

8.   Doktor Talib sedang __ pesakitnya.
      A.  merawat               C.   memberkas
      B.   melawat                D.  menyabit

9.   Pak Cik Kasim ___  di atas sofa kerana keletihan.
      A.  tertidur                       C.   terkejut
      B.   terperanjat                D.  tersentak

10.  Adik _______ kesejukkan.
      A.  menangis               C.   bersorak
      B.   menjerit                  D.  memaki

Soalan Kuiz 2

Nyatakan kata dasar berdasarkan kata kerja di bawah:
1.      membaling =
2.      membawa  =    
3.      bermain   =   
4.      memasak   =       
5.      membasuh   =   
6.      terjatuh   =  
7.      melompat =       
8.      berlari   =    
9.      berjalan   =          
10.    melihat  =       
11.    membaca =       
12.    bertepuk  =       
13.    bersorak  =         
14.    terlambat   =       
15.    mendengar  =   


Soalan Kuiz 3
Senaraikan Kata Kerja berdasarkan gambar di bawah  :



1.      _________________________________________
2.      _________________________________________
3.      _________________________________________
4.      _________________________________________
5.      _________________________________________
6.      _________________________________________
7.      _________________________________________
8.      _________________________________________